Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Wednesday, March 26, 2014

Popia basah


... salah satu kuih 'mahal' kegemaran saya. Faktor dari diri sendiri menyebabkan saya jarang dapat menikmati kuih ini. Beli, dapat makan sikit. Kalau buat sendiri, makan ler sampai muntah ;) 

Jadi, menu ni ialah kerja rumah saya hujung minggu ni... insyallah.

Popia Zieana

popiah using freshly made skins
Popia Annie

Kulit Popia

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum, 2 sudu tepung ubi & secubit garam.

ATAU

500 gram tepung gandum, 2 sudu kecil tepung jagung, 500 ml air & sedikit garam.


Cara membuat:  

Bancuh dan biar selama 2 hingga 4 jam. Lenserkan di atas kuali leper. Teknik seperti dibawah.




Inti Popia

Bahan-bahan
1/2 biji sengkuang (sagat memanjang), 
1/2 batang timun (sagat memanjang)
1/2 cawan gula
1 batang lobak merah (sagat memanjang)
1 paket kecil udang kering (kisar halus)
2 tangkai kacang panjang (hiris halus)
2 keping tauhu (hancurkan)
2 ulas bawang putih (ketuk)
Sedikit tauge
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan tauhu yang telah dihancurkan dan udang kering yang telah dikisar. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sayur-sayuran dan tumis lagi hingga keluar air.
4. Angkat dan toskan. Jangan masak terlalu lama, nanti sayur tidak rangup.
5. Ambil kulit popia yang disediakan tadi, sapukan sos dan masukkan inti sayuran. Gulung kemas.

Sos Popia

Bahan-bahan:
1 botol sos cili
1/2 botol sos tiram
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih

Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat dengan api yang sederhana

Thursday, March 20, 2014

Nasi goreng ikan masin

Menu ni biasa saja dan saja-saja dikongsi. Cara saya masak nasi goreng ikan masin. Menu ni biasa dimasak apabila kami ingin makan dengan segera, dengan kata lain.... Mak tak masak, kami dah lapor benorrrrr! Bukan salah Mak tapi kami memang rehatkan Mak. Makan siang suami akan beli menu sarapan yang berat dan mereka berdua akan skip makan tengahari. Dapur menanti saya sampai ke rumah untuk diasapkan. Beginilah waktu hari bekerja.Oleh kerana nak cepat, nasi goreng pun sodap.

Bahan-bahan:


Nasi untuk 4-5 orang makan, sepotong ikan masin 'jeruk' siap dihancur, 0.5 sudu besar cili padi siap tumbuk, 0.5 sudu besar bawang putih siap tumbuk, 1.5 sudu besar bawang merah siap kisar, 2 sudu besar ikan bilis siap tumbuk, sebili telur, sayur-sayuran dan garam.


Minyak yang cukup untuk tumis.

Cara masak:


Langkah 1: Ikan masin digoreng.


Langkah 2: Separuh garing, ikan bilis dimasukkan.


Langkah 3: Bawang merah, bawang putih dan cili padi dimasukkan.


Langkah 4: Telur dipecah masuk bila bahan mula kekuningan.


Langkah 5: Bahan digoreng hingga telur masak untuk elak bau hanyir.


Langkah 6: Sayur-sayuran dimasukkan.




Langkah 7: Sedikit garam diikuti nasi dimasukkan bila sayur-sayuran hampir mula 'lembut'.


Langkah 8: Taraaaaa.... Dah siap makan dan licin. Memang tak ada gambarnya. Tak sempat. Dah bagitau kat atas tadi, kami dah lapor benorrrrr!. Insyallah sedap... jika kita masak dengan ikhlas dan kasih sayang.

Saturday, March 15, 2014

Cerita Cucur Kelapa

Khabarnya... hmm, tak berapa nak jadi sebab saya sibuk dengan jiran yang ketiadaan bekalan air datang bertamu untuk bantuan air di musim catuan bekalan air. Rumah saya menggunakan air perigi sepenuhnya. Jadi, kami rasa eloklah kami mengamalkan Susah sama susah, senang sama senang, tak gitu?. Selain dengan tetamu, saya menerima kejutan hujan lebat. Apa lagi, Aniiiiiiiiiiii...angkat kain dijemuran hujan dah turun!
Saya guna kelapa parut yang kemudiannya saya keringkan sedikit dan juga susu tepung. Saya banyakkan kuantiti kelapa dan cubaan lepas ni saya akan kurangkan kuantiti soda bikabonat dan telur dan tambah sedikit gula.






Thursday, March 13, 2014

Cerita Ikan 3 rasa dan kailan ikan masin

 

Malam tadi, saya dah langsaikan satu kerja rumah . Bahan-bahan perlu dah siap beli. Dah dua hari tertangguh. Jadi, pagi ni saya nak bagi report resipi yang dipilih. Kedua-dua resipi yang best.. buktinya seperti gambar dibawah.


Saya akui, ada ubah sikit resipi. Saya campur sedikit sos ikan pada bahan menggoreng ikan. Saya guna ikan tuna sebab En. Suami sangat suka ikan tuna. Itupun sebelah ikan... untuk tiga orang makan. Apa pun, misti goreng garing. Satu lagi, saya campur butter 1 sudu besar kat minyak tumis bahan kuah.

Ok, kat bawah ni laporan bergambar ikan tiga rasa banjir saya...



Baki bahan. Yang lain tumis dulu.

Bahan yang ditumis dulu

Semua bahan bersatu....

.... hasilnya, tiga rasa

Ok, kat bawah ni laporan bergambar kailan ikan masin...




Akhirnya, menu makan malam kami. Alhamdulilah...


Lepas ni kami sekeluarga tak perlu cari kedai untuk makan dua menu ni. Jom makan panas panasss.


Wednesday, March 12, 2014

Cucur kelapa

Kerja rumah Sabtu akan datang. Memandangkan saya kerja separuh hari dan teringin nak minum teh ramai-ramai bawah pohon mangga. Resipi yang ringkas. Sesuai untuk budak-budak. Insyallah

Sumber: Kak Noor 
Sumber gambar: Kak Noor
Bahan-bahannya:
2 cawan kelapa parut kering - boleh dibeli di pasar raya sama ada dalam bungkusan plastik atau tin.
4 cawan tepung gandum       )  diayak 
1 sudu teh soda bikarbonat   )   bersama
1 biji telur
3 sudu besar susu cair
1/2 cawan gula putih
1 sudu teh garam
Air suam secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara
Dalam satu bekas, masukkan kesemua bahan.  
Gaul rata dan tuang air sambil diadun sehingga bancuhan boleh dijemput.  
Biarkan seketika lebih kurang 10 - 15 minit sehingga adunan kembang sedikit.
Panaskan minyak untuk goreng terendam.  
Gunakan api yang sederhana (Jangan guna api kuat, dikhuatiri nampak masak diluar tetapi di dalam belum masak lagi). 
Jemput adunan tadi menggunakan jari.  
Kemudian goreng sehingga kekuningan pada keseluruhan bahagian.
Angkat dan toskan.
Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal tumis atau kari semalam. Sedap dimakan ketika masih panas.

Thursday, March 6, 2014

"Kerja rumah" saya akan datang.... Ikan 3 rasa & kailan ikan masin

Resipi asal: Sajiandapurbonda.blogspot.com dan Seripayaku.blogspot.com

Ini ialah salah satu menu makan malam semalam di kedai makan. Sedap sungguh dan berbaloi. Dalam fikiran, suatu hari nanti saya akan masak sendiri di rumah. Insyallah :)

Sumber gambar:  Seripayaku.blogspot.com
Untuk Ikan goreng:
2 ekor ikan
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak masak

Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas - 280 gm
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak dan sedikit butter untuk menumis

Cara-cara
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.


Kailan Ikan masin
Sumber: Bayu-tt


Sumber gambar: Google
Bahan-bahan
Sayur kailan-dipotong
1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
1 sudu kecik air dari ikan masin
1 biji bawang besar-dimayang bulat
1 inci halia-diketuk
Bawang putih-diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Sedikit air asam limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau.
Tumis bawang putih,bawang besar dan halia.
Masukan sos tiram.
Masukkan sayur dan tambah air dari ikan masin, masukkan sos ikan kacau rata.
Masukkan sedikit air-2 sd(besar).
Biarkan seketika.
Angkat.
Tabur sedikit lada sulam dan perah air asam limau.