Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Thursday, May 1, 2014

Sambal berlada Ikan Tuna (Tongkol)

Minggu ni kami suami isteri selera minang pulak. Mak?.... kena paksa makan la. Hehehh.. Mak tak kisah sebab dia sendiri pon dah bosan. Hari-hari sambal ikan sardin. Dia dah dera kami... syukur ler dah di masakkan). Seperti biasa, saya ditugaskan untuk mengoogle resipi otai yang cantik-cantik terutama En. Mat Gebu.

rsz_ikan_berlado
Ini gambar Mat Gebu yang punya tauuu!!

Resipi En. Mat Gebu seperti di bawah:

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong sederhana tebal, cuci bersih dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA:
Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan. Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Dan laporannya.....


Tara......
Dah siap!. 

Ini gambar saya yang punya tau!

Nampak cam sedap tapi tak berapa nak rasa ori sambal berlada. Heheh. Bukan salah Mat Gebu tapi salah saya sebab ikut resipi sendiri. Time nak buat ni la line tenet berstatus hampes. Jadi, buat mana yang ingat je la. Resipi rojak... dah bercampur campur resipi otai-otai lain. Apa pon, kami makan bertingkek-tingkek. Kat bawah ni, cara ikut suka suki sendiri.














No comments:

Post a Comment