Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Tuesday, May 27, 2014

Nasi Bukhara

Macam-macam selera tekak ni gara-gara tapau hari Sabtu lepas. Heheh.. Alhamdulilah, masih ada peluang menggunakan deria kurniaan Maha Pencipta. Pelan rancangan kali ni ialah Nasi Bukhara.

Hasil google, saya ada dua resipi terpilih yang boleh dicampur-campur. Hmm... macam dah pandai sangat nak merojak resipi. Sebab saya merojak ialah saya tak suka guna kiub perisa segera dalam masakan dan saya rasa gabungan tips orang lama dan orang baru menghasilkan masakan yang sedap... kot. Lagi.... bahan-bahan yang mudah diperoleh... daun shaiba tu cam mana, garam masala... alahai, mana nak cekau kat kedai-kedai kampung kat rumah dan penyediaan yang agak mudah dipraktikkan oleh budak yang baru belajar macam akak tong ni ha. Apa pon, cuba dulu baru tau.

bukhari-rice (2)
Nasi Bukhara Mamak Haji

Sumber copy & paste: Mamak Haji dan Hanieliza

Bahan 

1 ekor ayam (potong 8 dan bersihkan) atau 8 ketul peha ayam 

Penyediaan ayam
Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit  - 1jam.

Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh  jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.

1 kg beras bathmati (basuh dan toskan)
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato (bancuhkan)
2 biji buah tomato (belah 4)
2 btg karot disagat
Paras air sama dengan paras beras 
1/2 cawan yogurt
1 pokok daun ketumbar (potong pendek)
4 s/b minyak sapi
Garam
Gula

Bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering seperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.


Selamat mencuba Diri-Sendiri! Kalau sedap... Kak Tong memang handal. Tunggu laporannya tak lama lagi ;)


No comments:

Post a Comment