Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Wednesday, March 12, 2014

Cucur kelapa

Kerja rumah Sabtu akan datang. Memandangkan saya kerja separuh hari dan teringin nak minum teh ramai-ramai bawah pohon mangga. Resipi yang ringkas. Sesuai untuk budak-budak. Insyallah

Sumber: Kak Noor 
Sumber gambar: Kak Noor
Bahan-bahannya:
2 cawan kelapa parut kering - boleh dibeli di pasar raya sama ada dalam bungkusan plastik atau tin.
4 cawan tepung gandum       )  diayak 
1 sudu teh soda bikarbonat   )   bersama
1 biji telur
3 sudu besar susu cair
1/2 cawan gula putih
1 sudu teh garam
Air suam secukupnya untuk membancuh adunan
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara
Dalam satu bekas, masukkan kesemua bahan.  
Gaul rata dan tuang air sambil diadun sehingga bancuhan boleh dijemput.  
Biarkan seketika lebih kurang 10 - 15 minit sehingga adunan kembang sedikit.
Panaskan minyak untuk goreng terendam.  
Gunakan api yang sederhana (Jangan guna api kuat, dikhuatiri nampak masak diluar tetapi di dalam belum masak lagi). 
Jemput adunan tadi menggunakan jari.  
Kemudian goreng sehingga kekuningan pada keseluruhan bahagian.
Angkat dan toskan.
Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal tumis atau kari semalam. Sedap dimakan ketika masih panas.

No comments:

Post a Comment