Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Thursday, March 20, 2014

Nasi goreng ikan masin

Menu ni biasa saja dan saja-saja dikongsi. Cara saya masak nasi goreng ikan masin. Menu ni biasa dimasak apabila kami ingin makan dengan segera, dengan kata lain.... Mak tak masak, kami dah lapor benorrrrr! Bukan salah Mak tapi kami memang rehatkan Mak. Makan siang suami akan beli menu sarapan yang berat dan mereka berdua akan skip makan tengahari. Dapur menanti saya sampai ke rumah untuk diasapkan. Beginilah waktu hari bekerja.Oleh kerana nak cepat, nasi goreng pun sodap.

Bahan-bahan:


Nasi untuk 4-5 orang makan, sepotong ikan masin 'jeruk' siap dihancur, 0.5 sudu besar cili padi siap tumbuk, 0.5 sudu besar bawang putih siap tumbuk, 1.5 sudu besar bawang merah siap kisar, 2 sudu besar ikan bilis siap tumbuk, sebili telur, sayur-sayuran dan garam.


Minyak yang cukup untuk tumis.

Cara masak:


Langkah 1: Ikan masin digoreng.


Langkah 2: Separuh garing, ikan bilis dimasukkan.


Langkah 3: Bawang merah, bawang putih dan cili padi dimasukkan.


Langkah 4: Telur dipecah masuk bila bahan mula kekuningan.


Langkah 5: Bahan digoreng hingga telur masak untuk elak bau hanyir.


Langkah 6: Sayur-sayuran dimasukkan.




Langkah 7: Sedikit garam diikuti nasi dimasukkan bila sayur-sayuran hampir mula 'lembut'.


Langkah 8: Taraaaaa.... Dah siap makan dan licin. Memang tak ada gambarnya. Tak sempat. Dah bagitau kat atas tadi, kami dah lapor benorrrrr!. Insyallah sedap... jika kita masak dengan ikhlas dan kasih sayang.

No comments:

Post a Comment