Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Tuesday, May 27, 2014

Copy & Pastee: Kuah Yong Tau Foo

Resipi ni baru saja ternampak. Sebelum hilang dari pandangan mata, baik ler di copy paste. Kadang-kadang teringin nak makan menu ni.

Sumber: Suhaila Ishak



Kuah hitam

Bahan

2 sudu makan taucu
2 sudu makan tpg jgung
2 sudu makan tpg gndum
3 sudu makan kicap pkat
3 sudu makan sos tiram
4-5 sudu makan gula

3 cawan air

Cara penyediaan

Masukan semua dalam blender untuk taucu halus. Masak hingga mendidih sekejap.

Kuah merah

Bahan
1/2 cawan kacang tanah goreng
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air

1/4 sudu makan garam
3 sudu makan cili kisar

Cara penyediaan

Blender semua bahan di atas hingga kacang halus.
Panaskan sikit minyak. Tumis 2 biji bwang putih ketuk. Masuk 3 sudu makan cili kisar. Tunggu kering. Masukan semua bahan dalam blender tadi. Masak sekejap hingga kuah agak pekat anggaran masa 5 minit.




Nasi Bukhara

Macam-macam selera tekak ni gara-gara tapau hari Sabtu lepas. Heheh.. Alhamdulilah, masih ada peluang menggunakan deria kurniaan Maha Pencipta. Pelan rancangan kali ni ialah Nasi Bukhara.

Hasil google, saya ada dua resipi terpilih yang boleh dicampur-campur. Hmm... macam dah pandai sangat nak merojak resipi. Sebab saya merojak ialah saya tak suka guna kiub perisa segera dalam masakan dan saya rasa gabungan tips orang lama dan orang baru menghasilkan masakan yang sedap... kot. Lagi.... bahan-bahan yang mudah diperoleh... daun shaiba tu cam mana, garam masala... alahai, mana nak cekau kat kedai-kedai kampung kat rumah dan penyediaan yang agak mudah dipraktikkan oleh budak yang baru belajar macam akak tong ni ha. Apa pon, cuba dulu baru tau.

bukhari-rice (2)
Nasi Bukhara Mamak Haji

Sumber copy & paste: Mamak Haji dan Hanieliza

Bahan 

1 ekor ayam (potong 8 dan bersihkan) atau 8 ketul peha ayam 

Penyediaan ayam
Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit  - 1jam.

Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh  jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.

1 kg beras bathmati (basuh dan toskan)
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato (bancuhkan)
2 biji buah tomato (belah 4)
2 btg karot disagat
Paras air sama dengan paras beras 
1/2 cawan yogurt
1 pokok daun ketumbar (potong pendek)
4 s/b minyak sapi
Garam
Gula

Bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering seperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.


Selamat mencuba Diri-Sendiri! Kalau sedap... Kak Tong memang handal. Tunggu laporannya tak lama lagi ;)


Sunday, May 11, 2014

Laporan Ikan goreng air asam

Cerita semalam sempena Hari Mak... hari2 Hari Mak. Hehhh. Menu ni kali kedua saya buat. Kali pertama saya tambah serai, nak sama cam gerai makan kat Hulu Langat katanyer. Heheh. Kali ni stok serai dan daun ketumbar tak ada. Ikan pula, ikan tuna sebab suami saya suka benor. Apa pon, menu mudah ringkas ni pembuka selera kami sekeluarga.



Laporan mee bandung


On the mark, get set go!!

Rebus daging

Siap rebus

Saya goreng dia!

Sedia untuk direbus

Isi udang siap rebus dan kisar

Kulit dan kepala udanf siap rebus, kisar dan tapis

Stok udang

Siap sedia untuk paste
Tumis bawang
Cili kisar
Udang kisar
Stok udang
Garam, gula.. 
Kacang 
Masak sampai pekat

Pekat atau kering?
Sementara paste kering... siap sedia mee, sawi dan tauhu


Celur mee

 


Siap sedia untuk mem 'bandung'

Goreng paste

Stok daging

Daging

Siappp...
 Dannnn..... jangan lupa

Cuci-cuci!!
Masak memang seronok. Cuci pon kena seronok gak. Hehhh ;)

Wednesday, May 7, 2014

Mee Bandung

Sejak Sabtu minggu lepas dan kemarin makan mee bandung. Nak bagi seru... belajar masak mee bandung. Alahai... Mee bandung muar sedap katanya. Ye laa.... keje meng google la nampaknyer.


Gambar milik blogger Nannie


Sumber: Deli Hayat


Bahan:

Paste
Air rebusan daging
Mee Kuning yang telah dicelur
Sawi
Tomato
Hirisan tauhu goreng
Telur
Cili Merah
Bawang Goreng

*****
Penyediaan Paste
Bahan:
300 g udang basah. Kulit dan kepala diasingkan
100 g udang kering (direndam).
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 sudu besar kacang tanah
Minyak untuk menggoreng
Garam
Serbuk perasa
Gula

Nota: Bawang-bawang dan kacang dikisar bersama

Cara Membuat Paste:

Udang dibersihkan, isi udang bersama udang kering dikisar.
Kulit dan kepala udang basah direbus untuk di jadikan stok; kemudian dikisar dan ditapis.
Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumis.
Masukkan air stok, kisaran udang dan campuran bawang & kacang tanah.
Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
Biarkan pekat hingga menjadi paste.

Nota: Boleh disimpan lama (sejuk beku).

*****


Cara masak:

Panaskan minyak dan goreng paste.. goreng sedikit. Anggaran 2 minit.
Masukkan air rebusan daging dan daging.
Masukkan sawi dan tomato
Biar mendidih dan masukkan telur. Jangan dikacau sehingga telur masak.
Sediakan mee dan tauhu.
Tuangkan kuah ke atas mee
Taburkan cili dan bawang goreng.

---@---


Resipi dah ada, bila nak buatnya? ;)



Thursday, May 1, 2014

Sambal berlada Ikan Tuna (Tongkol)

Minggu ni kami suami isteri selera minang pulak. Mak?.... kena paksa makan la. Hehehh.. Mak tak kisah sebab dia sendiri pon dah bosan. Hari-hari sambal ikan sardin. Dia dah dera kami... syukur ler dah di masakkan). Seperti biasa, saya ditugaskan untuk mengoogle resipi otai yang cantik-cantik terutama En. Mat Gebu.

rsz_ikan_berlado
Ini gambar Mat Gebu yang punya tauuu!!

Resipi En. Mat Gebu seperti di bawah:

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong sederhana tebal, cuci bersih dan toskan*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA:
Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan. Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Dan laporannya.....


Tara......
Dah siap!. 

Ini gambar saya yang punya tau!

Nampak cam sedap tapi tak berapa nak rasa ori sambal berlada. Heheh. Bukan salah Mat Gebu tapi salah saya sebab ikut resipi sendiri. Time nak buat ni la line tenet berstatus hampes. Jadi, buat mana yang ingat je la. Resipi rojak... dah bercampur campur resipi otai-otai lain. Apa pon, kami makan bertingkek-tingkek. Kat bawah ni, cara ikut suka suki sendiri.