Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Monday, June 23, 2014

Khasihat Makan: Keledek


Hajat dihati nak buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Terlintas pulak perkongsian ilmu macam kat bawah ni. Semoga ilmu orang lain (sumber asal bahan ilmu) yang dikumpul dapat dikongsi bersama.



Kaya Vitamin B
Vitamin B berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homosistein di dalam tubuh. Bahan kimia ini dikaitkan dengan penyakit degeneratif, termasuklah menjauhkan serangan jantung.

Sumber terbaik Vitamin C
Kandungan Vitamin C ini membantu meningkatkan penyembuhan, menghasilkan kolagen yang dapat membantu mengekalkan ketegangan kulit agar kelihatan lebih muda dan sihat. Vitamin C ini juga penting untuk membantu mengawal stres selain membantu melindungi tubuh daripada toksin yang boleh menyebabkan kanser.

Mengandungi Vitamin D
Vitamin D memainkan peranan terhadap kadar tenaga di dalam tubuh dan emosi diri. Selain itu, vitamin D juga membantu membina tulang, jantung, saraf, kulit dan gigi yang kuat dan sihat serta menyokong kelenjar tiroid.

Zat besi
Ramai yang menyedari keperluan mineral ini di dalam tubuh bagi mendapatkan tenaga yang mencukupi. Namun zat besi juga memainkan peranan penting di dalam tubuh kita iaitu dalam penghasilan sel darah putih dan sel darah merah. Bukan itu sahaja, ia juga membantu dalam pengawalan stres dan memastikan sistem imun berfungsi dengan baik di samping memetabolismekan protein.

Keledek manis juga sebagai sumber magnesium yang baik di mana ia memberi relaksasi kepada tubuh dan sebagai anti-stres. Magnesium ini penting untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf.

Sumber potasium di mana ia adalah salah satu elektrolit penting yang membantu mengawal kadar degupan jantung serta signal saraf.

Rasa manis keledek ini adalah rasa semula jadi kandungan gula semula jadi di dalamnya dikeluarkan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah, membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah di dalam tubuh yang biasanya dikaitkan dengan kenaikan berat badan dan keletihan.

Warna oren pada keledek menunjukkan bahawa keledek ini kaya dengan pelbagai karoten seperti beta karoten dan lain-lain, yang mendominasi vitamin A di dalam tubuh. Kesemua karoten ini membantu meningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit. Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk menjauhi kanser di samping melindungi tubuh daripada kesan penuaan.

Bersifat versatil, bermaksud ia sesuai untuk dihidangkan menggunakan pelbagai jenis kaedah memasak sama ada dipanggang, dikukus, atau dijadikan sebagai puri. Anda boleh tambahkan keledek di dalam sup atau stew, dibakar atau dipotong kecil sebagai rencah di dalam salad sayur-sayuran anda. Anda juga boleh jadikan ia sebagai puri untuk ditambah di dalam smoothies mahupun hidangan bakar yang lain.

Sumber: Mingguan Wanita melalui glutaberries.blogspot.com


Tip dari Citrasawan
Ciri-ciri keledek oren berbanding keledek jenis lain : Lebih lunak, lembut, manis dan cepat masak.
Ciri-ciri keledek ungu mudah pecah dan cepat keras bila direbus.

Bingka Ubi Keledek Oren
Sumber: Citrasawan

Bahan-bahan:
300g tepung gandum
400g ubi keledek oren
180g gula pasir
500ml santan
500ml air
5 biji telur gred B
0.5 sudu teh garam
3 sudu besar mentega cair

Persediaan:
Ubi keledek direbus dan dilecek
Loyang 10"x10" digriskan

Cara-cara:

  1. Panaskan oven dengan suhu 200 darjah Celsius
  2. Keledek dikisar hasul dengan sedikit air. Tuang ke dalam mangkuk adunan. Bahan-bahan lain juga dimasukkan. Gaul hingga rata tidak berketul.
  3. Tuang adunan kedalam loyang. Bijan ditabur.
  4. Bakar menggunakan api atas dan bawah antara 45 - 55 minit yang mana permukaan kuih nampak garing.  


Belebat Ubi Keledek
Sumber: Citrasawan

Bahan-bahan:
160g tepung beras
250g ubi keledek
3 biji pisang emas
220g gula pasir
400ml santan
400ml air
0.5 sudu teh garam
Daun pisang untuk bungkus

Persediaan:
 Pisang emas dilecek.
Keledek direbus dan ditoskan.
Daun pisang dilayur


Cara-cara:


  1. Semua bahan kecuali keledek dan daun pisang dicampur dan di tapis. Masak hingga pekat. 
  2. Pisang dan keledek dimasukkan dan dikacau rata. Tutup api.
  3. Sesudu adunan dibungkus kedalam daun pisang. Ini diulang hingga aduan habis.
  4. Kukus hingga masak antara 10 hingga 15 minit.

No comments:

Post a Comment