Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Thursday, June 19, 2014

Chicken Tikka

Sumber: Mamak Haji, Kak Noor, Resipi 2011

chicken tikka
Chicken Tikka Mamak Haji

Kerja ofis dah makin menyusut. Kesempatan yang ada, saya jalan-jalan tengok masakan Mamak Haji. Otai masak mistilah sedap. Mamak Haji tak kedekut ilmu. Semoga Mamak Haji dimurahkan rezeki olehNya. Resipi ni cam sedap je... cam nak cuba je walaupun 1.. 2 bahan saya rasa agak mencabar untuk dapatkannya. Saya rasa laaa... sebab belum cuba cari. Apa pon yakin boleyyyyyy (apa-apa pon boley (insyallah))...


BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg. daging ayam bahagian dada. Buang kulit dan potong dadu size: 2-3cm.
  • 1 cawan yogurt.
  • 1 cawan daun ketumbar. (daunya digunakan utuk tabur dia atas, batangnya digunakan untuk jadikan pes).
  • 3 sudu besar (tbsp) pes halia – bawang putih.
  • 3-4 sudu besar garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1/2  sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar.
  • 1/2 sudu kecil perwarna merah oren.
  • 3 sudu besar jus limau nipis atau lemon.
  • 1 biji limau nipis / lemon dipotong wedges untuk hidangan.
  • 1 biji bawang dihiris bulat untuk hiasan.
*****
NOTA:

Jintan Putih
Ketumbar
Serbuk Lada Hitam

Penyediaan pes halia-bawang putih

Bahan-bahan:
Halia dibuang kulit.  Cincang kasar menjadikannya 1 cawan.
Bawang putih dikopek kulit.  Kalau naklebih mudah,boleh beli bawang putih yang telah siap dikopek kulit. Cincang kasar menjadikannya 1 cawan.
1/4 sudu kecil kunyit serbuk (untuk complexion warna saja, kalau tak pakai pun tak apa).
Kak Noor suka pilih ulas yang besar.

3/4 sudu minyak masak (supaya tidak basi dan oleh juga dimasukkan sedikit garam untuk tujuan yang sama).

Cara-caranya:
Kisar halia sedikit lumat dengan minyak dan serbuk kunyit.
Selepas itu masukkan bawang putih dan kisar sehingga lumat dan halus.
Masukkan dalam botol saiz jem dan simpan di dalam peti sejuk.  Ia boleh digunakan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekiranya digunakan dengan cara yang baik.

Nota:
Semasa kisaran atau menggunakan pes tersedia ini, jangan menggunakan tangan.  Gunakan sudu yang bersih. 


Penyediaan Garam Masala

Dscn1464
Garam Masala
Bahan-bahan:

30 tangkai cili kering (buang biji)
6 sudu makan ketumbar
3 inci kulit kayu manis( pecahkan /patahkan agar senang nak kisar)
5 biji buah pala
3 sudu makan jintan manis
5 sudu makan jintan putih
6 kuntum bunga lawang

Jintan Manis
Bunga Lawang
Buah Pala

Kayu Manis
Cara-cara:

Cuci semua bahan di atas dan toskan.
Panaskan kuali dan sangai ( goreng tanpa minyak) semua bahan sehingga kering dan berbau harum. Pastikan api kecil untuk mengelakkan bahan disangai hangus/hangit.
Sejukkan dan kisar di dalam pengisar kering sehingga menjadi serbuk.
Simpan dalam bekas kedap udara. Bila nak masak masakan mamak boleh diguna bila2 masa..Kegunaan masakan biasanya sesudu dua saja..
Tahan lama berbulan2 dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais..


*****


CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Cincang halus daun ketumbar atau masukkan dalam food processor dan dikisar.  Batang daun ketumbar dikisar halus jadikan pes.  Adunkan dengan yogurt dan jadikan ia seperti pes.
2. Masukkkan semua rempah dan bahan-bahan tadi dalam pes ini dan masukkan ketulan daging ayam yang telah sediakan. Tutup bekas pemerapan ini dan masukkan dalam peti sejuk untuk pemerapan semalaman. Rendam lidi satay dalam air selama 30 minit. Dan mulakan cucuk ketulan daging ayam ini pada lidi satay seperti penyediaan satay dengan jarak diantara satu ketul daging dengan yang lain dalam jarak 1cm. Boleh gunakan skews (batang besi) juga.  Cara kayu satay ini lebih sesuai dibakar dengan api terdedah seperti satay. Sekala-sekala terbalikan bakaran inidengan merenjiskan sedikit minyak ke atasnya. Biasanya dalam 15 minit ketulan ayam ini boleh masak.
3. Sekiranya bakar di oven anda perlu gunakan skews ia itu batang besi yang digunakan untuk bakar atau grill. Panaskan oven pada 200 C darjah, susun skew anda di tapak grill disediakan untuk grill,  tentukan anda tempatkan perangkap minyak berlebihan di bawah tapak grill dlm oven anda. Sekala sekala sapukan minyak keatas daging ayam dan terbalikan. Daging ayam biasanya dalam boleh masak dalam 30 – 40 minit.
4. Hiaskan Chicken tikka anda dengan bawang dihiris halus bulat dan wedges limau atau gunakan salad.



No comments:

Post a Comment