Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Wednesday, January 28, 2015

Kita-kita makan: Cencaru sumbat & sayur masak lemak



Cencaru sumbat

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru saiz sederhana
6 biji cili merah
4 biji cili padi (pilihan lebih pedas)
2 sudu besar bawang merah kisar
2 ulas bawang putih
1 camca garam

Cara-cara:
Ikan dibersihkan.
Kisar atau tumbuk bahan-bahan di atas kecuali ikan.
Sumbat bahan kisar didalam perut ikan
Kuali dipanaskan dengan 2 sudu besar minyak.
Ikan digoreng panggang sehingga masak.

Tauge + kobis lemak putih

Bahan-bahan:
Segenggam tauge
1 cawan kobis siap hiris
2 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar ikan bilis siap tumbuk
1 cawan santan pekat
Setengah cawan air
1 atau 2 camca garam
Beberapa hiris cili merah
Seketul tauhu siap goreng dan potong 9

Cara-cara:
Sayur-sayuran dibersihkan.
Bawang kisar, ikan bilis, air, cili merah dan santan dimasukkan kedalam periuk dan dimasak hingga mendidih dengan sekali sekala dikacau.
Sayur-sayuran dan tauhu goreng dimasukkan dan siap masak selepas dibiar mendidih 5 minit.

Pencicah kicap

Bahan-bahan:
1 labu bawang merah besar
4 biji cili padi
1 biji tomato siap potong dadu
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cuka atau jus limau kasturi
1 camca gula
1 sudu besar suam air jika perlu.

Cara-cara:
Bawang dan cili dihiris.
Didalam bekas, bawang, tomato, cili, kicap, cuka atau jus limau dan gula digaul rata.
Air ditambah jika terlalu pekat.

No comments:

Post a Comment