Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru saiz sederhana
6 biji cili merah
4 biji cili padi (pilihan lebih pedas)
2 sudu besar bawang merah kisar
2 ulas bawang putih
1 camca garam
Cara-cara:
Ikan dibersihkan.
Kisar atau tumbuk bahan-bahan di atas kecuali ikan.
Sumbat bahan kisar didalam perut ikan
Kuali dipanaskan dengan 2 sudu besar minyak.
Ikan digoreng panggang sehingga masak.
Tauge + kobis lemak putih
Bahan-bahan:
Segenggam tauge
1 cawan kobis siap hiris
2 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar ikan bilis siap tumbuk
1 cawan santan pekat
Setengah cawan air
1 atau 2 camca garam
Beberapa hiris cili merah
Seketul tauhu siap goreng dan potong 9
Cara-cara:
Sayur-sayuran dibersihkan.
Bawang kisar, ikan bilis, air, cili merah dan santan dimasukkan kedalam periuk dan dimasak hingga mendidih dengan sekali sekala dikacau.
Sayur-sayuran dan tauhu goreng dimasukkan dan siap masak selepas dibiar mendidih 5 minit.
Pencicah kicap
Bahan-bahan:
1 labu bawang merah besar
4 biji cili padi
1 biji tomato siap potong dadu
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cuka atau jus limau kasturi
1 camca gula
1 sudu besar suam air jika perlu.
Cara-cara:
Bawang dan cili dihiris.
Didalam bekas, bawang, tomato, cili, kicap, cuka atau jus limau dan gula digaul rata.
Air ditambah jika terlalu pekat.