Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Wednesday, April 9, 2014

Kerja rumah tertunda dan Sambal Belacan

Setakat hari, saya ada dua kerja rumah yang belum dilangsaikan. Kek lobak dan Popia basah. Kalau budak sekolah, dah lama kena denda kerja rumah tak siap!. Pissss! Alasan... belum ada kesempatan. Ujung minggu yang selalu tak sempat-sempat.
Masak pun yang ringkas saja. Bosan dengan menu sambal ikan.. masak kicap... masak sos. Menu pilihan Mak_Saya. Hehh. Menu jadi pilihan kami suami isteri sekarang ialah ikan goreng, gulai lemak labu atau tauge dan sambal belacan.
Selama lebih 30 tahun yang lepas, saya memang tak pernah buat sambal belacan sebelum ni. Selalu makan dan tengok Mak buat. Bila sekali cuba ni, menjadi.. cuma sambal belacan Mak tak masuk tomato. Suami saya suka yang ada tomato. Jadi, dah beberapa kali dalam minggu ni buat sambal belacan sampai jadi bahan cicah ikan bakar. Kat bawah ni cerita sambal belacan saya.


Bahan-bahan: 3 sudu besar belacan, 20 biji cili padi merah, sebiji tomato, sebiji limau purut, bahan perisa tambahan, gula dan garam secukup rasa.

Nota: Untuk pilihan lebih pedas, saya juga akan guna campur cili padi kampung. Belacan pula, diimport dari Masjid tanah, Melaka. Mengikut pengalaman sendiri, limau purut separuh kuning lebih sedap. Bahan perisa tambahan pula ialah keikhlasan dan kasih sayang.

Cara-cara:


Saya suka guna kuali. Keseluruhan belacan tergoreng kering dengan baik. Baunya menyelerakan. Belacan dilenyek  dan terlekat di atas kuali. 


Tomato di potong dadu dan sedia untuk dilenyekkan.




Cili padi sedia untuk ditumbuk sederhana kasar.


Cili padi, tomato, gula, garam dan bahan perisa bersatu padu di dalam kuali. 


Akhir sekali, perahan limau. Air dari tomato dan limau akan menanggalkan belacan yang melekat pada kuali. Api dapur di buka sekejap untuk memastikan gula hancur sepenuhnya.



Siappp. 

Jom makan sampai leleh!


No comments:

Post a Comment