Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Friday, February 6, 2015

Kita-kita makan: Kembong masak kicap dan sayur campur

Ikan kembong masak kicap

Teringin nak makan masak kicap katanya. Saja yang tanggung risiko sebab Tok Siak tak minat saya masak kicap... tak sedap katanya. Sedang meyedikan bahan-bahan masak, dia datang jengok dan bising. Saya cakap, Awak rasa dulu. Hati saya berkata, ini terakhir masak kicap andaikata tak sedap.. tak kena dengan selera dia. Bila dah siap.... hmmm... boleh masak berkalikali lepas ni ;) 
Masak kicap ni saya guna resipi Kak Azlita Masam M... bahan-bahannya lebih kurang dengan daging masak hitam. Jadi, bahan-bahan kebanyakkannya dah ada kat rumah. Ikannya saya tukar kepada ikan kembong. Kat bawah ni resipi asal yang saya copy & paste.




Bahan-bahan

5 ekor ikan selar ( tukar kepada kembong) ~ siang dan cuci bersih
Sedikit garam dan kunyit

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis (serbuk)
1 sudu teh jintan putih (serbuk)

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan simpul (langkau)

2 biji tomato ~ belah 2 (langkau)
2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goreng
2 biji lada hijau ~ di hiris kasar (langkau)
1 labu bawang besar ~ di hiris 
2 tangkai daun sup ~ di mayang halus (langkau)
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula Melaka
5 camca besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng kentang hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan
Minyak baki goreng kentang, panaskan semula
Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
Masak hingga didih
Masukkan ikan kerisi
Akhir sekali masukkan kentang goreng, tomato, bawang besar dan daun sup
Angkat dan hidangkan 
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa


Sayur campur

Bahan-bahan

2 cawan kobis yang siap cuci & potong kecil
Setengah cawan brokoli yang siap cuci & potong kecil
Setengah biji lobak merah  yang siap cuci & potong
2 sudu makan bawang merah siap kisar
2 biji bawang putih siap kisar/ tumbuk2 sudu ikan bilis tumbuk
Hirisan sebiji cili merah (langkau)
1 sudu teh garam
Setengah cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak.
Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah hingga separa warna keemasan.
Masukkan air dan garam hingga didihkan.
Masukkan lobak. Selepas 1 minit, masukkan kobis dan diratakan. Kemudian brokoli.





































No comments:

Post a Comment