Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Monday, December 23, 2013

Kuih bom (kuih bijan)


Sebelum...
Ini ialah salah satu kuih kegemaran saya. Dah lama teringin nak makan dan buat. Jarang juga saya jumpa kuih ni sebab jarang nak menyinggah beli. Cuti sempena sambutan krismas ni, cam nak buat je. Nak buat banyak-banyak bagi jiran tetangga makan.

*****

Selepas...
Semasa menggoreng, ada yang cuba meletup diri sendiri. Barulah saya tahu, sebab nama kiuh ni. Percubaan Buat-Sendiri kuih ni kira berjaya. Dapat juga dua jiran merasa. Berbaloi!

Resipi oleh: Malia Lajat (http://www.myresipi.com)
Anggaran: 35 biji

Bahan-bahan
Inti kelapa manis:
Setengah biji-kelapa putih
10 sudu-gula merah/gula perang
7 sudu-gula
1 helai-daun pandan

1 sudu-tepung gandum(untuk melekat inti supaya tak berderai)

Adunan tepung:
3 cawan-tepung pulut
1 cawan-tepung beras
1 1/2cawan-air gula yang suam

Bijan

Cara-cara
Inti
Masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah dan daun pandan. Apabila air gula merah sudah mendidih, masukkan kelapa dan gula. Biarkan mendidih sampai air agak kering, masukkan 1 sudu tepung gandum. Kacau hingga kering & tidak berair.


Sejukkan inti dan apabila inti sudah sejuk,cedok dengan sudu kecil. Bulatkan inti dan asing.

Adunan tepung
Campur tepung beras & tepung pulut, gaul dengan tangan kering untuk sebatikan tepung. Kemudian tuang air gula sikit demi sedikit sambil uli hingga adunan sedikit keras.

Sapu di tapak tangan sedikit minyak, kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf, bulatkan. Kemudian tekan dihujung2 hingga leper & nipiskn sedikit. Masukkan inti yang sudah dibulatkan, kemudian cantumkan adunan leper tadi hujung ke hujung. Bulatkan semula.


Golekkan adunan diatas bijan sehingga bijan menutupi seluruh adunan. Golekkan juga dengan kedua tapak tangan supaya bijan melekat pada adunan.


Goreng hingga kekuningan.









No comments:

Post a Comment