Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Monday, December 30, 2013

Nasi kuning Sabah



Kesempatan cuti sempena tahun baru 2014, aktiviti dapur berasap di adakan. Kami sekeluarga kadang-kadang bosan dengan menu biasa... sambal ikan, masak kicap.. sambal ikan.. masak kicap. Gitulah Mak pusing-pusing menu dia. Kami tak boleh komen sebab untunglah Mak dah tolong masak. Begitulah Mak saya yang uzur. Biarkan saja kemahuannya, asalkan dia senang dan bahagia dengan apa yang disukai. Dulu Mak layan apa saja kemahuan saya, kini saya membalas jasa baik Mak saya. Saya dan suami makan saja laaaaaaaa. Upss... iklan sekejap :)
Resipi seterusnya yang jadi pilihan ialah Nasi Kuning Sabah. Suami saya suka makan nasi ni disebabkan dia orang Lahad Datu cuma kali ni sebagai tanda terima kasih dan sayang. Kali ni saya masak lauk sambal tempe disebabkan suami saya suka bangat sambal tempe.

Sumber resipi asal: Intai Dapur

Bahan Nasi

3 cawan beras (basuh dan tos)
1sudu teh serbuk kunyit
11/2 biji bawang besar- hiris
1 inci halia - hiris
4 ulas bwg putih - hiris
2 batang serai - ketuk
3 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan santan
Garam
Gula
Minyak masak sedikit


Penyediaan Nasi Kuning

Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan dan  bahan-bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan beras, serbuk kunyit, garam, gula, air dan santan.

Kacau rata dan biar nasi masak macam biasa.


Lauk: Sambal Ikan Tongkol (Pilihan Utama)

Bahan-bahan Sambal Ikan

Beberapa ekor ikan (atau 6 ketul ikan tongkol mengikut pemilik resipi ini... bersihkan dan rebus bersama garam dan asam keping)
5 biji cilipadi - kisar
4 sudu besar cili kering kisar
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 btg serai - hiris /ketuk
2 sudu besar gula biasa
Garam
Minyak


Penyediaan Sambal Ikan 

Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili kering kisar dan bahan-bahan kisar lain hingga wangi.
Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
Akhir sekali masuk ikan.
Kacau sebati dan angkat.




Wednesday, December 25, 2013

Donut

Niat dihati nak bagi anak-anak jiran yang selalu main kat laman rumah. Sekarang cuti sekolah. Donut... misti diorang suka. Lagi best kalau celup kat coklat panas. Yum.. yum.. yummm.

Resipi: Mat Gebu (http://www.tiffinbiru.com)
Anggaran: 17biji

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

Cara-cara
Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam.
Kacau rata.
Tuang bancuhan yeast dan air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikit lagi air.


Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30-45 minit hingga naik.


Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel.



 Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka.

Monday, December 23, 2013

Kuih bom (kuih bijan)


Sebelum...
Ini ialah salah satu kuih kegemaran saya. Dah lama teringin nak makan dan buat. Jarang juga saya jumpa kuih ni sebab jarang nak menyinggah beli. Cuti sempena sambutan krismas ni, cam nak buat je. Nak buat banyak-banyak bagi jiran tetangga makan.

*****

Selepas...
Semasa menggoreng, ada yang cuba meletup diri sendiri. Barulah saya tahu, sebab nama kiuh ni. Percubaan Buat-Sendiri kuih ni kira berjaya. Dapat juga dua jiran merasa. Berbaloi!

Resipi oleh: Malia Lajat (http://www.myresipi.com)
Anggaran: 35 biji

Bahan-bahan
Inti kelapa manis:
Setengah biji-kelapa putih
10 sudu-gula merah/gula perang
7 sudu-gula
1 helai-daun pandan

1 sudu-tepung gandum(untuk melekat inti supaya tak berderai)

Adunan tepung:
3 cawan-tepung pulut
1 cawan-tepung beras
1 1/2cawan-air gula yang suam

Bijan

Cara-cara
Inti
Masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah dan daun pandan. Apabila air gula merah sudah mendidih, masukkan kelapa dan gula. Biarkan mendidih sampai air agak kering, masukkan 1 sudu tepung gandum. Kacau hingga kering & tidak berair.


Sejukkan inti dan apabila inti sudah sejuk,cedok dengan sudu kecil. Bulatkan inti dan asing.

Adunan tepung
Campur tepung beras & tepung pulut, gaul dengan tangan kering untuk sebatikan tepung. Kemudian tuang air gula sikit demi sedikit sambil uli hingga adunan sedikit keras.

Sapu di tapak tangan sedikit minyak, kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf, bulatkan. Kemudian tekan dihujung2 hingga leper & nipiskn sedikit. Masukkan inti yang sudah dibulatkan, kemudian cantumkan adunan leper tadi hujung ke hujung. Bulatkan semula.


Golekkan adunan diatas bijan sehingga bijan menutupi seluruh adunan. Golekkan juga dengan kedua tapak tangan supaya bijan melekat pada adunan.


Goreng hingga kekuningan.