Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Wednesday, January 8, 2014

Kuih Lapis

Dah lama saya mengidam kuih ni. Akhirnya malam tadi dilaksanakan impian ini. Lembik sangat ketika panas dan saya biarkan sejuk satu malam di dalam pengukus. Hasilnya, kuih lembik sedikit. Cuba lagi hingga berjaya!

Sumber: Tulip77

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu teh garam
2 paket santan serbuk
1 sudu teh minyak masak
3-4 titik perasa ros
Bahan pewarna 1
Bahan pewarna 2
4 cawan air

Cara-cara

Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan santan ke dalam satu bekas.


Kacau hingga semua bahan bersatu & tidak berketul.
Panaskan air dalam kukusan.
Tambah lagi 2 cawan air dan kacau rata.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna 1 & satu lagi dgn pewarna 2.


Kacau biar warna sekata.


Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dengan sedikit minyak.
Masukkan anggaran 2 cawan adunan warna 1 sebagai lapisan pertama dan kukus selama 5 minit.
Lepas 5 minit, masukkan pula 1 cawan adunan warna 2 dan kukus selama 2minit.
Kemudian selang seli hingga adunan habis.
Lapis yang terakhir warna hijau dikukus selama 20minit.
Bila siap masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.