Lama Dapur Kabin tak berasap. Tak ada kesempatan nak menulis di sini sejak persiapan menyambut Syawal yang lepas. Dah beberapa minggu merancang, baru semalam saya cuba untuk membuat mayonnaise. Alhamdulilah, menjadi. Resipi dari Kak Nik Ja jadi pilihan saya sebab bahan-bahannya mudah untuk saya dapati dan kaedahnya mudah. Walaubagaimana pun, saya mengolah sedikit bahan-bahan mengikut bahan yang saya ada dan dari segi rasa.
Bahan-bahan:
2 biji kuning telur +
1 sudu kecil gula +
3/2 sudu besar jus limau nipis +
1 cawan minyak masak
Secubit garam +
Secubit black pepper
Kaedah:
Semua bahan-bahan bertanda + dimasukkan kedalam mangkuk dan diputar dengan kelajuan tinggi selama 15 saat.
Minyak dimasukkan sedikit demi sedikit. Kelajuan perlu tinggi untuk memekatkan adunan. Jika tidak, adunan menjadi cair.
Mesin pemutar dihentikan sebaik sahaja adunan menjadi pekat (kental).