Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Monday, June 16, 2014

Bakso

Kali ni teringin nak buatkan bakso untuk Encik Suami. Kesian dia... jauh dari kampung. Setiap kali balik kampung, kami akan turun bandar cari bakso.
Hasil google, saya pilih resipi dari blogger Indonenesia. Jadi, resepi yang dibawah adalah dalam bahasa Indonesia. Saya akan alih bahasa dalam laporannya nanti. Insyallah

resep bakso

Bakso

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging sapi giling
  • 1 ons tepung kanji
  • 6 siung bawang putih
  • 1 sendok makan garam (sendok besar)
  • 1/2 sendok teh merica bubuk (sendok kecil)
  • Penyedap rasa secukupnya
  • Blender atau tumbukan


Cara Membuat Bakso:

  1. Haluskan bawang putih dengan menggunakan tumbuk atau blender.
  2. Campur bawang putih yang sudah ditumbuk atau dihaluskan ke dalam adonan daging sapi giling, merica, garam, penyedap rasa, sekaligus tepung kanji.
  3. Aduk adonan pada nomer (2) tersebut hingga merata kurang lebih 10 menit
  4. Setelah adonan tercampur dan teraduk rata selanjutnya bentuklah adonan tersebut menjadi bulatan-bulatan dengan menggunakan tangan sesuai dengan ukuran yang anda inginkan, dan usahakan agar ukurannya tidak terlalu besar supaya bisa matangnya secara lebih merata dan lebih cepat.
  5. Masukkan bulatan bakso yang sudah anda buat tadi ke dalam air panas, kemudian rebuslah ke dalam air yang mendidih hingga baksonya terlihat matang.
  6. Tunggu beberapa saat sampai bakso matang.. Proses perebusan biasanya memakan waktu 10-15 menit.
  7. Untuk melihat Tanda bakso yang telah matang adalah bakso itu mengapung di permukaan air yang mendidih.
  8. Lalu angkat bakso yang telah matang dan tiriskan dalam suhu ruangan.



Kuah Bakso

Bahan:
  • Tulang sapi
  • Air
  • Bawang putih 5 siung, goreng dan haluskan
  • Bawang merah 4 siung, goreng dan haluskan
  • Bawang goreng 1/2 sdm, haluskan
  • gula 2 satu sendok makan
  • garam 1 satu sendok makan
  • lada 1/2 satu sendok teh
  • daun bawang 4 batang, ambil bagian putihnya saja, iris halus kecil kecil
  • kaldu sapi instan, 2 sdt


Cara:
Rebus air bersama tulang dan semua bumbunya sampai mendidih dan tulangnya menjadi matang.
Jika sudah matang, kecilkan apinya dan selanjutnya anda sudah bisa menyajikan bakso bersama kuahnya.



Thursday, June 12, 2014

Laporan begedil ayam

Saya dah laksanakan dua seisi begedil ayam. Sedappp.Walaupunbagaimanapun saya telah curang sedikit dari resipi asal. Saya cuba kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Hasilnya begedil jadi lembik dan terburai masa seisi menggoreng. Ini percubaan pertama. Cubaan kedua, saya tambah 10 sudu besar tepung gandum. Tak terlalu lembik tapi keaslian rasa lari sikit. Tetap sedap. Seisi cubaan ke tiga nanti, saya akan cuba ikut resipi asal. Laporan bergambar percubaan pertama saya seperti di bawah.....

Kentang sedia untuk direbus

Siap sedia untuk mula mengadun
Resipi asal tak nyatakan arah tuju lada sulah. Jadi saya memandai sendiri dengan menumbuk lumat bersama bawang goreng. Saya tukar guna seketul daging ayam. Ayam saya rebus dan tumbuk. Saya langkau bawang yang dipotong dadu sebab budak-budak tak makan bawang berdadu-dadu. Elergik lak kemudian hari nanti bila tengok begedil.

Sedia untuk diuli

Siap. Eppp!! Tak boleh curi-curi colek makan







Kesimpulannya... resipi cara saya:

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam 
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng
  • Pilihan: 10 sudu besar (boleh dikurangkan atau dilebihkan ikut keadaan) tepung gandum

Cara-cara:

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan rebus hingga empuk. Tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Rebus isi ayam hingga empuk dan ditumbuk. Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang goreng dan lada sulah. Ketepikan.
  4. Satukan kesemua bahan-bahan kecuali telur di dalam satu bekas.
  5. Ambil sedikit adunan dan dibulatkan. Leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  6. Dalam bekas lain, pecahkan telur dan kocak-kocakkan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  7. Guna api sederhana. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.

Tuesday, June 10, 2014

Begedil Ayam

Hmmm... kali ni teringin nak makan begedil ayam gara-gara terpandang kentang-kentang tersadai akibat tertundanya projek dalca daging. Resipi pilihan saya ialah resipi Puan Yatie. Macam sedap je begedil dia... resipi ibu beliau. Kalau resipi mak mak dah tentu sedappp. Saya cadang nak buat lebih sikit, bekalkan adik-adik yang dah nak balik kampung.

Begedil ayam Puan Yatie

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.


Sunday, June 8, 2014

Laporan Dalca Ayam

Uppss.. bukan dalca daging seperti yang ditepekkan. Oleh kerana stok ayam banyak, saya gantikan daging lembu kepada daging ayam. Jangan membazir... gunakan stok yang ada. Sebenarnya malas nak ke kedai.  Hehehh. Ok. Resipi asal saya ikut 95%.. cehh. Tak ada kecurangan. Seisi percubaan kali ni dibantu oleh Mak saya sebab saya tak pandai kesan tahap garing bahan-bahan rempah dan tahap cukup masak dalam masakan bersantan.

Jom mulakan laporan....

Pra-penyediaan:


Kacang dhal: dicuci dan rebus  hingga empuk


Sayur-sayuran: Sementara menunggu kacang dhal empuk, sayur-sayuran dipotong panjang, dadu dan lain-lain mengikut kesesuaian.


Bahan-bahan tumis: Bawang putih, bawang merah dan halia dikisar. Rempah kari dibancuh dengan air. Rempah ratus lain siap dicuci.

Lain-lain bahan: Isi daging ayam dipotong dadu. Saya guna 3 cawan santan pekat dan dicampur dengan secawan air.


Penyediaan:

Tumis bahan rempah...

Baawang-bawang dan halia...

Rempah kari...


Garing. Sedia untuk kacang dhal...

Kacang dhal siap yang dah rebus...

Santan...

Kentang...

Garam...

Lobak...

Kacang panjang... dan biar hampir mendidih

Terung..

Air rebusan kacang dhal jika kuah pekat
Siappppp.... gambarnya tak ada sebab sibuk nak makan. Apapon, sedapppp dan berjaya.

Saturday, June 7, 2014

Dalca daging

Nasi bukhara sesuai dimakan dengan gulai dalca, katanyer. Hmmm... nasi bukhara dah lulus dan sekarang kena pandai masak gulai dalca. Dalca sayur... ayam atau daging? Dalca daging. Saya pilih dalca daging sebab dalam nasi dah ada sayur-sayuran dan ayam.
Jadi... kena jalan-jalan cari resipi yang sedap-sedap. Beberapa minit, dah dapat tangkap satu yang cam sedap je... cam best je

Sumber:  Noreen


Img_0266

Bahan-bahan:

200gm kacang dhal - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam

Bahan tumisan:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.



Thursday, June 5, 2014

Laporan bingka ubi

Semalam petang tercapai juga impian makan bingka ubi. Masakan yang mudah dan kos yang rendah. Masakan yang berjaya. Saya ubah sedikit bahan-bahannya mengikut stok yang ada. Perubahan bahan-bahan seperti dibawah:


  • 4 cawan ubi kayu siap diparut
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 sudu teh garam

Dan di bawah, serba sedikit laporan bergambar....


Ubi disagat

Ubi, gula merah, santan dan garam

Campuran bahan-bahan digaul rata

Siap sedia untuk dibakar

Siap dimakan selepas 3 jam






Bingka Ubi

.... atau bengkang ubi. Ubi bukan sebarang ubi tapi ubi kayu yer. Macam teringin je nak makan. 



Sumber: Cik Kak Periuk Tanah
menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

Bahan-bahan:

  • 4 cawan ubi kayu siap diparut - 

Nota: Tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning


Cara membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.


Ok, siap copy paste. Tunggu laporannya.... akan datang ;)