Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.
Showing posts with label nasi bukhara. Show all posts
Showing posts with label nasi bukhara. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Laporan Nasi Bukhara


Nasi Bukhara dan kari kambing

Seperti biasa, setiap resipi baru pasti ada laporan selepas di praktikkan. Baru saya sedari, resipi copy dan paste saya agak kelam kabut. Akibatnya lupa tumis rempah, masukkan lobak, yogurt dan garam pada seisi yang sepatutnya. 
Walaubagaimana pun, masakan ini berjaya. En. Suami selaku juri bagi LULUS. Saya menggunakan periuk besar dan masak menggunakan dapur gas. Jangan lupa perisa tambahan (ikhlas dan kasih sayang)!
Dibawah ini saya susun semula mengikut cara saya.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam atau 8 ketul peha ayam
1 kg beras bathmati
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar sos tomato
2 biji buah tomato
2 biji lobak disagat
1/2 cawan yogurt
1 pokok daun ketumbar
4 sudu besar minyak sapi
Garam
Gula

Bahan tumis:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Sebelum mencuba resipi ini, saya rasa agak rumit untuk melaksanakannya sebab saya budak baru belajar dan bukan hari-hari masak. Seisi pra-penyediaan yang lebih teratur dapat membantu saya supaya tak kelam kabut. Mulakan dengan penyediaan ayam.

Pra-penyediaan ayam:



Potong mengikut citarasa.
Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan

-1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam
-1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit
-Secubit lada hitam selama 30minit  hingga 1jam



Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak.
Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam).
Semasa menggoreng, mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali.
Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi.

Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak.
Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.



Pra-penyediaan sayur-sayuran:
Lobak disagat.
Tomato dibelah 6.
Daun ketumbar dihiris kasar.

Pra-penyediaan bahan tumis:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar..
Rempah kurma dan sos tomato dibancuh dengan sedikit air (cukup untuk basahkan rempah).

Dan yang terakhir…..

Pra-penyedian beras:



Cuci bersih.
Masukkan air yang mana paras air sama dengan paras beras. Selepas menyukat, boleh juga asingkan air dari beras. Tak perlu tapis cuma agak-agak 80% air terasing.

Dan sekarang baru boleh masak dengan tenang…..

Cara-cara masak:

a. Tumis


Panaskan minyak sapi didalam periuk besar.
Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
Tumis bahan kisar hingga kekuningan.
Masukkan campuran sos tomato dan rempah kurma, sehingga garing.
Masukkan garam.

b. Kemasukkan bahan basah

Masukkan yogurt.
Masukkan ayam dan air dari beras.

c. Kemasukkan sayuran


Bila agak mesra atau hampir mendidih, masukkan tomato dan lobak.
Kacau rata.


Masukkan daun ketumbar.



d. Kemasukkan beras



Kacau rata selepas beras dimasukkan dan periuk ditutup. Biar hingga masak dan sekali sekala kacau rata. Berhati-hati dengan kacauan supaya nasi, ayam dan tomato tak terlalu hancur.

Tuesday, May 27, 2014

Nasi Bukhara

Macam-macam selera tekak ni gara-gara tapau hari Sabtu lepas. Heheh.. Alhamdulilah, masih ada peluang menggunakan deria kurniaan Maha Pencipta. Pelan rancangan kali ni ialah Nasi Bukhara.

Hasil google, saya ada dua resipi terpilih yang boleh dicampur-campur. Hmm... macam dah pandai sangat nak merojak resipi. Sebab saya merojak ialah saya tak suka guna kiub perisa segera dalam masakan dan saya rasa gabungan tips orang lama dan orang baru menghasilkan masakan yang sedap... kot. Lagi.... bahan-bahan yang mudah diperoleh... daun shaiba tu cam mana, garam masala... alahai, mana nak cekau kat kedai-kedai kampung kat rumah dan penyediaan yang agak mudah dipraktikkan oleh budak yang baru belajar macam akak tong ni ha. Apa pon, cuba dulu baru tau.

bukhari-rice (2)
Nasi Bukhara Mamak Haji

Sumber copy & paste: Mamak Haji dan Hanieliza

Bahan 

1 ekor ayam (potong 8 dan bersihkan) atau 8 ketul peha ayam 

Penyediaan ayam
Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit  - 1jam.

Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam). Semasa gorengan anda mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali. Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi. Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh  jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak. Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.

1 kg beras bathmati (basuh dan toskan)
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato (bancuhkan)
2 biji buah tomato (belah 4)
2 btg karot disagat
Paras air sama dengan paras beras 
1/2 cawan yogurt
1 pokok daun ketumbar (potong pendek)
4 s/b minyak sapi
Garam
Gula

Bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendidih.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendidih dan kering seperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.


Selamat mencuba Diri-Sendiri! Kalau sedap... Kak Tong memang handal. Tunggu laporannya tak lama lagi ;)