Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Tuesday, June 10, 2014

Begedil Ayam

Hmmm... kali ni teringin nak makan begedil ayam gara-gara terpandang kentang-kentang tersadai akibat tertundanya projek dalca daging. Resipi pilihan saya ialah resipi Puan Yatie. Macam sedap je begedil dia... resipi ibu beliau. Kalau resipi mak mak dah tentu sedappp. Saya cadang nak buat lebih sikit, bekalkan adik-adik yang dah nak balik kampung.

Begedil ayam Puan Yatie

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ubi kentang
  • 200 gm daging ayam kisar
  • 2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 tangkai daun sup dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar-di potong dadu
  • 2 biji telur ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak,angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat. Ketepikan dulu.
  2. Sementara itu tumiskan bwng besar dan masukkan daging ayam kisar dan masak sehingga separuh masak.
  3. Satukan kesemua bahan2 kecuali telur di dalam satu bekas.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal2kan. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat hingga habis.
  5. Dalam bekas lain,pecahkan telur dan kocak2kan. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak sehingga berwarna keemas2an.
  6. Guna api sederhana je. Bila dah masak, angkat & toskan. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.


Sunday, June 8, 2014

Laporan Dalca Ayam

Uppss.. bukan dalca daging seperti yang ditepekkan. Oleh kerana stok ayam banyak, saya gantikan daging lembu kepada daging ayam. Jangan membazir... gunakan stok yang ada. Sebenarnya malas nak ke kedai.  Hehehh. Ok. Resipi asal saya ikut 95%.. cehh. Tak ada kecurangan. Seisi percubaan kali ni dibantu oleh Mak saya sebab saya tak pandai kesan tahap garing bahan-bahan rempah dan tahap cukup masak dalam masakan bersantan.

Jom mulakan laporan....

Pra-penyediaan:


Kacang dhal: dicuci dan rebus  hingga empuk


Sayur-sayuran: Sementara menunggu kacang dhal empuk, sayur-sayuran dipotong panjang, dadu dan lain-lain mengikut kesesuaian.


Bahan-bahan tumis: Bawang putih, bawang merah dan halia dikisar. Rempah kari dibancuh dengan air. Rempah ratus lain siap dicuci.

Lain-lain bahan: Isi daging ayam dipotong dadu. Saya guna 3 cawan santan pekat dan dicampur dengan secawan air.


Penyediaan:

Tumis bahan rempah...

Baawang-bawang dan halia...

Rempah kari...


Garing. Sedia untuk kacang dhal...

Kacang dhal siap yang dah rebus...

Santan...

Kentang...

Garam...

Lobak...

Kacang panjang... dan biar hampir mendidih

Terung..

Air rebusan kacang dhal jika kuah pekat
Siappppp.... gambarnya tak ada sebab sibuk nak makan. Apapon, sedapppp dan berjaya.

Saturday, June 7, 2014

Dalca daging

Nasi bukhara sesuai dimakan dengan gulai dalca, katanyer. Hmmm... nasi bukhara dah lulus dan sekarang kena pandai masak gulai dalca. Dalca sayur... ayam atau daging? Dalca daging. Saya pilih dalca daging sebab dalam nasi dah ada sayur-sayuran dan ayam.
Jadi... kena jalan-jalan cari resipi yang sedap-sedap. Beberapa minit, dah dapat tangkap satu yang cam sedap je... cam best je

Sumber:  Noreen


Img_0266

Bahan-bahan:

200gm kacang dhal - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam

Bahan tumisan:
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara:

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.



Thursday, June 5, 2014

Laporan bingka ubi

Semalam petang tercapai juga impian makan bingka ubi. Masakan yang mudah dan kos yang rendah. Masakan yang berjaya. Saya ubah sedikit bahan-bahannya mengikut stok yang ada. Perubahan bahan-bahan seperti dibawah:


  • 4 cawan ubi kayu siap diparut
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 sudu teh garam

Dan di bawah, serba sedikit laporan bergambar....


Ubi disagat

Ubi, gula merah, santan dan garam

Campuran bahan-bahan digaul rata

Siap sedia untuk dibakar

Siap dimakan selepas 3 jam






Bingka Ubi

.... atau bengkang ubi. Ubi bukan sebarang ubi tapi ubi kayu yer. Macam teringin je nak makan. 



Sumber: Cik Kak Periuk Tanah
menghasilkan satu loyang bengkang 7 inci X 7 inci

Bahan-bahan:

  • 4 cawan ubi kayu siap diparut - 

Nota: Tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.

  • 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning


Cara membuat:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.

2. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.


Ok, siap copy paste. Tunggu laporannya.... akan datang ;)

Monday, June 2, 2014

Whipped & Heavy Cream

Sumber: Mamak Haji

WHIPPED CREAM

Bahan-bahan:
- 1 tin susu sejat
- 1/2 - 3/4 cawan gula pasir.
- 1 tsp vanila.

Cara:
Sejukkan susu cair tin in dalam bahagian beku peti sejuk selama 30 minit. Peralatan juga disejukkan kecuali motor pemutar.
Masukkan susu sejat dalam bowl yg telah sejukkan pukul whip dengan mesin putar 1 min sehingga buih terbentuk.
Masukkan gula dan vanila putar lagi kelajuan tinggi 2 minit lagi sehingga jadi pekat.

HEAVY CREAM

Caranya sama tapi gunakan gelatin. Gelatin ini sukar nak cair dlm air biasa. Taburkan (sprinkle) gelatin ini diatas sedikit air (bekas) dlm 2 sudu besar masukkan dalam micro oven. Jika tiada micro oven,  gunakan air panas iaitu biarkan dalam 2 minit. Tapis dan tuangkan dalam susu cair yg telah diputar whipped 1 minit. Buat seperti whipped cream hingga pekat.


Sunday, June 1, 2014

Laporan Nasi Bukhara


Nasi Bukhara dan kari kambing

Seperti biasa, setiap resipi baru pasti ada laporan selepas di praktikkan. Baru saya sedari, resipi copy dan paste saya agak kelam kabut. Akibatnya lupa tumis rempah, masukkan lobak, yogurt dan garam pada seisi yang sepatutnya. 
Walaubagaimana pun, masakan ini berjaya. En. Suami selaku juri bagi LULUS. Saya menggunakan periuk besar dan masak menggunakan dapur gas. Jangan lupa perisa tambahan (ikhlas dan kasih sayang)!
Dibawah ini saya susun semula mengikut cara saya.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam atau 8 ketul peha ayam
1 kg beras bathmati
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar sos tomato
2 biji buah tomato
2 biji lobak disagat
1/2 cawan yogurt
1 pokok daun ketumbar
4 sudu besar minyak sapi
Garam
Gula

Bahan tumis:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Sebelum mencuba resipi ini, saya rasa agak rumit untuk melaksanakannya sebab saya budak baru belajar dan bukan hari-hari masak. Seisi pra-penyediaan yang lebih teratur dapat membantu saya supaya tak kelam kabut. Mulakan dengan penyediaan ayam.

Pra-penyediaan ayam:



Potong mengikut citarasa.
Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan

-1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam
-1/2  sudu kecil (tsp) serbuk kunyit
-Secubit lada hitam selama 30minit  hingga 1jam



Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan 3 sudu besar minyak masak.
Masukkan ketulan ayam telah diperam dan goreng dgn minyak sedikit sehingga ketulan ayam bertukar ke warna kuning keemasan (Ia sebenarnya “grill” ayam).
Semasa menggoreng, mungkin rasa kesulitan pada permukaan ketulan ayam melekat pada permukaan kuali, untuk menhindarkan ini, guna kuali tidak melekat (Non-Stickable Pan). Jika anda tidak punyai kuali jenis ini dan untuk goreng dalam kuali biasa, lumurkan sedikit minyak pada ketulan ayam yang ingin digoreng sebelum lepaskan dalam kuali.
Tujuan goreng ini cuma untuk menguatkan permukaan luar isi ayam supaya ia tidak mudah hancur bila masak dengan nasi.

Jangan goreng sampai masak ketulan ayam ini, sekadar 1/4 masak sudah cukup. Sekiranya masak penuh jus ayam ini akan kering dan untuk rasa kesedapan nasi kelak.
Angkat dan asingkan ketulan ayam yang telah digoreng.



Pra-penyediaan sayur-sayuran:
Lobak disagat.
Tomato dibelah 6.
Daun ketumbar dihiris kasar.

Pra-penyediaan bahan tumis:
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar..
Rempah kurma dan sos tomato dibancuh dengan sedikit air (cukup untuk basahkan rempah).

Dan yang terakhir…..

Pra-penyedian beras:



Cuci bersih.
Masukkan air yang mana paras air sama dengan paras beras. Selepas menyukat, boleh juga asingkan air dari beras. Tak perlu tapis cuma agak-agak 80% air terasing.

Dan sekarang baru boleh masak dengan tenang…..

Cara-cara masak:

a. Tumis


Panaskan minyak sapi didalam periuk besar.
Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
Tumis bahan kisar hingga kekuningan.
Masukkan campuran sos tomato dan rempah kurma, sehingga garing.
Masukkan garam.

b. Kemasukkan bahan basah

Masukkan yogurt.
Masukkan ayam dan air dari beras.

c. Kemasukkan sayuran


Bila agak mesra atau hampir mendidih, masukkan tomato dan lobak.
Kacau rata.


Masukkan daun ketumbar.



d. Kemasukkan beras



Kacau rata selepas beras dimasukkan dan periuk ditutup. Biar hingga masak dan sekali sekala kacau rata. Berhati-hati dengan kacauan supaya nasi, ayam dan tomato tak terlalu hancur.