Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Monday, December 30, 2013

Nasi kuning Sabah



Kesempatan cuti sempena tahun baru 2014, aktiviti dapur berasap di adakan. Kami sekeluarga kadang-kadang bosan dengan menu biasa... sambal ikan, masak kicap.. sambal ikan.. masak kicap. Gitulah Mak pusing-pusing menu dia. Kami tak boleh komen sebab untunglah Mak dah tolong masak. Begitulah Mak saya yang uzur. Biarkan saja kemahuannya, asalkan dia senang dan bahagia dengan apa yang disukai. Dulu Mak layan apa saja kemahuan saya, kini saya membalas jasa baik Mak saya. Saya dan suami makan saja laaaaaaaa. Upss... iklan sekejap :)
Resipi seterusnya yang jadi pilihan ialah Nasi Kuning Sabah. Suami saya suka makan nasi ni disebabkan dia orang Lahad Datu cuma kali ni sebagai tanda terima kasih dan sayang. Kali ni saya masak lauk sambal tempe disebabkan suami saya suka bangat sambal tempe.

Sumber resipi asal: Intai Dapur

Bahan Nasi

3 cawan beras (basuh dan tos)
1sudu teh serbuk kunyit
11/2 biji bawang besar- hiris
1 inci halia - hiris
4 ulas bwg putih - hiris
2 batang serai - ketuk
3 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan santan
Garam
Gula
Minyak masak sedikit


Penyediaan Nasi Kuning

Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan dan  bahan-bahan hiris hingga naik bau.
Masukkan beras, serbuk kunyit, garam, gula, air dan santan.

Kacau rata dan biar nasi masak macam biasa.


Lauk: Sambal Ikan Tongkol (Pilihan Utama)

Bahan-bahan Sambal Ikan

Beberapa ekor ikan (atau 6 ketul ikan tongkol mengikut pemilik resipi ini... bersihkan dan rebus bersama garam dan asam keping)
5 biji cilipadi - kisar
4 sudu besar cili kering kisar
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 btg serai - hiris /ketuk
2 sudu besar gula biasa
Garam
Minyak


Penyediaan Sambal Ikan 

Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili kering kisar dan bahan-bahan kisar lain hingga wangi.
Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
Akhir sekali masuk ikan.
Kacau sebati dan angkat.




Wednesday, December 25, 2013

Donut

Niat dihati nak bagi anak-anak jiran yang selalu main kat laman rumah. Sekarang cuti sekolah. Donut... misti diorang suka. Lagi best kalau celup kat coklat panas. Yum.. yum.. yummm.

Resipi: Mat Gebu (http://www.tiffinbiru.com)
Anggaran: 17biji

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 camca besar susu tepung
3 camca besar gula halus
3 camca besar lemak sayur (shortening)
1/2 camca teh garam
200 ml air suam*
2 camca teh instat yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
Sedikit lagi air (extra)

Cara-cara
Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam.
Kacau rata.
Tuang bancuhan yeast dan air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikit lagi air.


Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30-45 minit hingga naik.


Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel.



 Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka.

Monday, December 23, 2013

Kuih bom (kuih bijan)


Sebelum...
Ini ialah salah satu kuih kegemaran saya. Dah lama teringin nak makan dan buat. Jarang juga saya jumpa kuih ni sebab jarang nak menyinggah beli. Cuti sempena sambutan krismas ni, cam nak buat je. Nak buat banyak-banyak bagi jiran tetangga makan.

*****

Selepas...
Semasa menggoreng, ada yang cuba meletup diri sendiri. Barulah saya tahu, sebab nama kiuh ni. Percubaan Buat-Sendiri kuih ni kira berjaya. Dapat juga dua jiran merasa. Berbaloi!

Resipi oleh: Malia Lajat (http://www.myresipi.com)
Anggaran: 35 biji

Bahan-bahan
Inti kelapa manis:
Setengah biji-kelapa putih
10 sudu-gula merah/gula perang
7 sudu-gula
1 helai-daun pandan

1 sudu-tepung gandum(untuk melekat inti supaya tak berderai)

Adunan tepung:
3 cawan-tepung pulut
1 cawan-tepung beras
1 1/2cawan-air gula yang suam

Bijan

Cara-cara
Inti: 
Masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah dan daun pandan. Apabila air gula merah sudah mendidih, masukkan kelapa dan gula. Biarkan mendidih sampai air agak kering, masukkan 1 sudu tepung gandum. Kacau hingga kering & tidak berair.


Sejukkan inti dan apabila inti sudah sejuk,cedok dengan sudu kecil. Bulatkan inti dan asing.

Adunan tepung: 
Campur tepung beras & tepung pulut, gaul dengan tangan kering untuk sebatikan tepung. Kemudian tuang air gula sikit demi sedikit sambil uli hingga adunan sedikit keras.

Sapu di tapak tangan sedikit minyak, kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf, bulatkan. Kemudian tekan dihujung2 hingga leper & nipiskn sedikit. Masukkan inti yang sudah dibulatkan, kemudian cantumkan adunan leper tadi hujung ke hujung. Bulatkan semula.


Golekkan adunan diatas bijan sehingga bijan menutupi seluruh adunan. Golekkan juga dengan kedua tapak tangan supaya bijan melekat pada adunan.


Goreng hingga kekuningan.









Wednesday, November 13, 2013

Mayonnaise

Lama Dapur Kabin tak berasap. Tak ada kesempatan nak menulis di sini sejak persiapan menyambut Syawal yang lepas. Dah beberapa minggu merancang, baru semalam saya cuba untuk membuat mayonnaise. Alhamdulilah, menjadi. Resipi dari Kak Nik Ja jadi pilihan saya sebab bahan-bahannya mudah untuk saya dapati dan kaedahnya mudah. Walaubagaimana pun, saya mengolah sedikit bahan-bahan mengikut bahan yang saya ada dan dari segi rasa.


Bahan-bahan:
2 biji kuning telur +
1 sudu kecil gula +
3/2 sudu besar jus limau nipis +
1 cawan minyak masak
Secubit garam +
Secubit black pepper +

Kaedah:
Semua bahan-bahan bertanda + dimasukkan kedalam mangkuk dan diputar dengan kelajuan tinggi selama 15 saat.
Minyak dimasukkan sedikit demi sedikit. Kelajuan perlu tinggi untuk memekatkan adunan. Jika tidak, adunan menjadi cair.
Mesin pemutar dihentikan sebaik sahaja adunan menjadi pekat (kental).

Tuesday, July 30, 2013

Projek Raya pertama: Chocolate Chips

Kiranya hari ni dalam sejarah sebab buat biskut raya sendiri. Biskut chocolate chips terpilih tahun ni sebab dah lama sangat mengidam nak buat biskut choc. chip yang best. Malam tadi sempat satu adunan. Dapat ler hampir 2 bekas. Alhamdulilah.
Resipi choc chip ni saya ambil dari blog Citarasawan. Bahan-bahannya saya tak ada ubah apa-apa cuma silap teknik adun bahan A. Apa pon, En. Suami kata... OK, sedap. Mak komen, sedap. Tahun depan boleh bisnes choc chip. Heheh... tak dayo Kak Ton.


Biskut Famous Amer Chocolate Chips Cookies

Bahan A
200gm mentega
50gm shortening
70gm gula pasir
90gm gula perang
1sudu teh esen vanila
1 biji telur + 1 kuning telur + 1 sudu besar susu cair

Bahan B (Satukan)
330gm tepung gandum
10gm serbuk koko
30gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikabonat
100gm chocolate chips
100gm coklat susu - sagat
80gm almond flakes / almond nib (sangai dulu)
60gm cornflakes - ramas kasar

Cara-cara:
1. Bahan A :  Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim.  Masukkan esen vanila dan telur, pukul hingga sebati.
2.  Bahan B :  Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat.  Gaulkan bersama bahan-bahan lain di dalam mangkuk besar.
3.  Masukkan adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Ambil doh sebesar ibu jari dan susun di dalam dulang pembakar
4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Monday, July 29, 2013

Siap sedia

Sambutan Syawal tahun ni, saya niat nak buat biskut raya. Biasa, beli je sampai belas-belas bekas termasuk biskut raya sumbangan oleh penyumbang tetap, Kakak-Saya. Tahun ni lain sangat la. Sawan dah datang kot. Hehh. Jadi, semalam pagi.. saya gagahkan diri membeli bahan-bahan yang diperlukan. Kebanyakannya saya beli di Bagus, Shah Alam. Dah beberapa tahun tak ke sana.

Bagus, Shah Alam. Sumber gambar: Blogger
Niat hati nak mula buat biskut sebelah malam. Oleh sebab melayan keletihan, saya hanya buat persedian bahan-bahan. Maksudnya, bahan-bahan kering biskut saya siap-siap packing untuk sekali adun. Saya cuba buat macam ni sebab masa terhad untuk buat biskut di hari bekerja.

Proses menyukat
Tiada pilihan, saya kena buat sebelah malam. Oleh itu, mungkin siap-siap packing bahan-bahan kering dapat menjimatkan masa. Jadi malam tadi, acara main masak-masak bermula dari jam 9 malam hingga 1 pagi.


Persediaan inti

Proses sangai almond
Jangan lupa tutup ya Cik Puan Zuhra. Kang semut berpesta

Permulaan...

Dah lama saya fikirkan untuk buat blog diari bagi acara masak-masak saya. Sebagai seorang isteri yang bekerja, masa agak suntuk untuk main masak-masak. Oleh sebab saya bukan tukang masak yang mahir, jadi main masak-masak istilah yang sesuai untuk budak hingusan macam saya. Lagipun, otai macam Mak saya mana nak makan sangat masakan budak hingusan macam saya. Tapi tu bukan alasan untuk elak dari memasak untuk keluarga. Saya cuba yang terbaik mungkin. Kekerapan memasak, seminggu sekali dua. Yang lain, mak saya yang uruskan. Cam ni ler isteri mitali. Makan suami, Mak yang masak ;)

Saya selalu cuba resipi-resipi dan belajar teknik-teknik memasak dari blogger-blogger yang otai. Ada yang menjadi, dan yang tak menjadi.... tu datang dari saya. Kekadang ikut dan saya. Ngeh2x.... bahan tak cukup ler, tak ada kat kedai laaa.... ikut sukati sendiri mengadun bahan-bahan. Blog ni juga dapat membantu saya menyimpan resipi-resipi yang saya dah cuba sebab selalu letak situ sana sini bila dah cuba. Lagi, sebagai kenangan.

Hari ni 20 Ramadhan 1434. Saya mulakan blog ni hari ini. Kenapa? 10 malam terakhir Ramadhan... masanya untuk kuat-kuat beramal sebab malam lailatul qadar akan berlaku pada bila-bila hari. Malam ni saya mula buat biskut raya. Biskut raya layan tapi amalan sunat yang dilupa.

Selamat beramal dan berbiskut kuih raya ;)