Pages
Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.
Sunday, November 2, 2014
Blog Diari Kehidupan Saya: Tugasan: Bingka Ubi
Blog Diari Kehidupan Saya: Tugasan: Bingka Ubi: Bukan senang dapat ubi kayu segar dari ladang. Kali ni bingka ubi kayu menggunakan resipi Puan Azie (Azie Kitchen). Walaubagaimanapun saya ...
Wednesday, October 22, 2014
Ais Krim Coklat
Blog Diari Kehidupan Saya: Ujikaji resipi ais krim coklat: Waaaa.. makin teruja melayan makan. Kali ni misi buat ais krim. Cam sedap je bila tertengok group masak tepek hasil tangan mereka. Terbayang...
Sunday, October 19, 2014
Misi jagung kukus & kek coklat
Blog Diari Kehidupan Saya: Misi jagung kukus & kek coklat: Akhir-akhir ni misi makan-makan je tanpa disedari. Tak pe laa... dah musim nak makan. Lebih makan daripada Allah tarik nafsu makan. Naya! ...
Thursday, August 28, 2014
Sunday, July 13, 2014
Puding Roti Sos Kastard
Kisahnya, Kak As (jiran sebelah rumah) bagi sepiring puding roti minggu lepas. Sedappp. Apa lagi, buat ler sendiri. Nak mintak, segan. Hilang ingatan apo?!
Sumber: Wiyah
Bahan-bahan
Bahan Puding
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar butter yang siap dicairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar kismis
Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara-cara
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Taburkan kismis (kurma) diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Tuang ke atas puding roti tadi.
Sumber: Wiyah
Bahan Puding
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar butter yang siap dicairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar kismis
Bahan Sos Kastard
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara-cara
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis (kurma) diatas adunan.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Tuang ke atas puding roti tadi.
Friday, July 11, 2014
Puri tomato
Hari ni saya nak tahu dan belajar macam mana nak buat puri tomato. Salah satu bahan asas masakan yang boleh buat sendiri di rumah. Buat sendiri di rumah lebih selamat. Kat bawah ni resipi yang saya ambil dari www.wikihow.com.
Bahan-bahan:
1 kg tomato masak ranum
0.5 cawan cuka (pilihan)
0.5 cawan gula (pilihan)
1 sudu garam (pilihan)
Cara-cara:
Buang sedikit bahagian atas tomato dan tores 'x' di bahagian bawah tomato untuk memudahkan proses mengupas kulit nanti.
Didihkan air yang cukup untuk merebus tomato.
Rebus tomato dari 5 hingga 15 minit.
Alihkan tomato ke dalam bekas lain yang berisi air sejuk. Biarkan selama 5 minit atau sehingga kulit mula renggang.
Kupas kulit tomato.
Belah dua dan buang biji jika tidak mahu biji di dalam puri.
Kisar tomato. Puri akan lebih pekat jika air dan biji tomota diasingkan.
Bahan-bahan pilihan di masukkan.
Renehkan puri sehingga kepada konsisten yang dikehendaki. Ini bergantung kepada jenis tomato yang digunakan. Tempoh masa dari 30 minit hingga 1 jam. Tanggalkan tudung selepas 20 minit pertama untuk membolehkan puri untuk cukup masak.
| Sumber gambar: www.motherearthnews.com |
Bahan-bahan:
1 kg tomato masak ranum
0.5 cawan cuka (pilihan)
0.5 cawan gula (pilihan)
1 sudu garam (pilihan)
| Tomato |
Cara-cara:
Buang sedikit bahagian atas tomato dan tores 'x' di bahagian bawah tomato untuk memudahkan proses mengupas kulit nanti.
Didihkan air yang cukup untuk merebus tomato.
Rebus tomato dari 5 hingga 15 minit.
Alihkan tomato ke dalam bekas lain yang berisi air sejuk. Biarkan selama 5 minit atau sehingga kulit mula renggang.
Kupas kulit tomato.
Belah dua dan buang biji jika tidak mahu biji di dalam puri.
Kisar tomato. Puri akan lebih pekat jika air dan biji tomota diasingkan.
Bahan-bahan pilihan di masukkan.
Renehkan puri sehingga kepada konsisten yang dikehendaki. Ini bergantung kepada jenis tomato yang digunakan. Tempoh masa dari 30 minit hingga 1 jam. Tanggalkan tudung selepas 20 minit pertama untuk membolehkan puri untuk cukup masak.
Monday, June 23, 2014
Khasihat Makan: Keledek
Hajat dihati nak buat sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain. Terlintas pulak perkongsian ilmu macam kat bawah ni. Semoga ilmu orang lain (sumber asal bahan ilmu) yang dikumpul dapat dikongsi bersama.
Kaya Vitamin B
Vitamin B berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homosistein di dalam tubuh. Bahan kimia ini dikaitkan dengan penyakit degeneratif, termasuklah menjauhkan serangan jantung.
Sumber terbaik Vitamin C
Mengandungi Vitamin D
Vitamin D memainkan peranan terhadap kadar tenaga di dalam tubuh dan emosi diri. Selain itu, vitamin D juga membantu membina tulang, jantung, saraf, kulit dan gigi yang kuat dan sihat serta menyokong kelenjar tiroid.
Zat besi
Ramai yang menyedari keperluan mineral ini di dalam tubuh bagi mendapatkan tenaga yang mencukupi. Namun zat besi juga memainkan peranan penting di dalam tubuh kita iaitu dalam penghasilan sel darah putih dan sel darah merah. Bukan itu sahaja, ia juga membantu dalam pengawalan stres dan memastikan sistem imun berfungsi dengan baik di samping memetabolismekan protein.
Keledek manis juga sebagai sumber magnesium yang baik di mana ia memberi relaksasi kepada tubuh dan sebagai anti-stres. Magnesium ini penting untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf.
Sumber potasium di mana ia adalah salah satu elektrolit penting yang membantu mengawal kadar degupan jantung serta signal saraf.
Rasa manis keledek ini adalah rasa semula jadi kandungan gula semula jadi di dalamnya dikeluarkan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah, membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah di dalam tubuh yang biasanya dikaitkan dengan kenaikan berat badan dan keletihan.
Warna oren pada keledek menunjukkan bahawa keledek ini kaya dengan pelbagai karoten seperti beta karoten dan lain-lain, yang mendominasi vitamin A di dalam tubuh. Kesemua karoten ini membantu meningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit. Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk menjauhi kanser di samping melindungi tubuh daripada kesan penuaan.
Bersifat versatil, bermaksud ia sesuai untuk dihidangkan menggunakan pelbagai jenis kaedah memasak sama ada dipanggang, dikukus, atau dijadikan sebagai puri. Anda boleh tambahkan keledek di dalam sup atau stew, dibakar atau dipotong kecil sebagai rencah di dalam salad sayur-sayuran anda. Anda juga boleh jadikan ia sebagai puri untuk ditambah di dalam smoothies mahupun hidangan bakar yang lain.
Sumber: Mingguan Wanita melalui glutaberries.blogspot.com
Tip dari Citrasawan
Ciri-ciri keledek oren berbanding keledek jenis lain : Lebih lunak, lembut, manis dan cepat masak.
Ciri-ciri keledek ungu mudah pecah dan cepat keras bila direbus.
Bingka Ubi Keledek Oren
Sumber: Citrasawan
Bahan-bahan:
300g tepung gandum
400g ubi keledek oren
180g gula pasir
500ml santan
500ml air
5 biji telur gred B
0.5 sudu teh garam
3 sudu besar mentega cair
Persediaan:
Ubi keledek direbus dan dilecek
Loyang 10"x10" digriskan
Cara-cara:
- Panaskan oven dengan suhu 200 darjah Celsius
- Keledek dikisar hasul dengan sedikit air. Tuang ke dalam mangkuk adunan. Bahan-bahan lain juga dimasukkan. Gaul hingga rata tidak berketul.
- Tuang adunan kedalam loyang. Bijan ditabur.
- Bakar menggunakan api atas dan bawah antara 45 - 55 minit yang mana permukaan kuih nampak garing.
Belebat Ubi Keledek
Sumber: Citrasawan
Bahan-bahan:
160g tepung beras
250g ubi keledek
3 biji pisang emas
220g gula pasir
400ml santan
400ml air
0.5 sudu teh garam
Daun pisang untuk bungkus
Persediaan:
Pisang emas dilecek.
Keledek direbus dan ditoskan.
Daun pisang dilayur
Cara-cara:
- Semua bahan kecuali keledek dan daun pisang dicampur dan di tapis. Masak hingga pekat.
- Pisang dan keledek dimasukkan dan dikacau rata. Tutup api.
- Sesudu adunan dibungkus kedalam daun pisang. Ini diulang hingga aduan habis.
- Kukus hingga masak antara 10 hingga 15 minit.

Subscribe to:
Posts (Atom)










