Blog ini merupakan diari yang mencatit suka duka saya dalam dunia memasak. Saya bukan pakar memasak dan bukan cita-cita saya untuk menjadi pakar tukang masak tapi saya lebih suka masak sendiri di rumah selain mengisi masa lapang saya. Walaupun saya agak terlambat menceburkan diri dan dalam kategori budak hingusan dalam dunia masakan, saya akan cuba yang terbaik dengan belajar dari otai blogger-blogger dan sapa2 kat luar sana.

Friday, February 6, 2015

Kita-kita makan: Kembong masak kicap dan sayur campur

Ikan kembong masak kicap

Teringin nak makan masak kicap katanya. Saja yang tanggung risiko sebab Tok Siak tak minat saya masak kicap... tak sedap katanya. Sedang meyedikan bahan-bahan masak, dia datang jengok dan bising. Saya cakap, Awak rasa dulu. Hati saya berkata, ini terakhir masak kicap andaikata tak sedap.. tak kena dengan selera dia. Bila dah siap.... hmmm... boleh masak berkalikali lepas ni ;) 
Masak kicap ni saya guna resipi Kak Azlita Masam M... bahan-bahannya lebih kurang dengan daging masak hitam. Jadi, bahan-bahan kebanyakkannya dah ada kat rumah. Ikannya saya tukar kepada ikan kembong. Kat bawah ni resipi asal yang saya copy & paste.




Bahan-bahan

5 ekor ikan selar ( tukar kepada kembong) ~ siang dan cuci bersih
Sedikit garam dan kunyit

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis (serbuk)
1 sudu teh jintan putih (serbuk)

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan simpul (langkau)

2 biji tomato ~ belah 2 (langkau)
2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goreng
2 biji lada hijau ~ di hiris kasar (langkau)
1 labu bawang besar ~ di hiris 
2 tangkai daun sup ~ di mayang halus (langkau)
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula Melaka
5 camca besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng kentang hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan
Minyak baki goreng kentang, panaskan semula
Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
Masak hingga didih
Masukkan ikan kerisi
Akhir sekali masukkan kentang goreng, tomato, bawang besar dan daun sup
Angkat dan hidangkan 
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa


Sayur campur

Bahan-bahan

2 cawan kobis yang siap cuci & potong kecil
Setengah cawan brokoli yang siap cuci & potong kecil
Setengah biji lobak merah  yang siap cuci & potong
2 sudu makan bawang merah siap kisar
2 biji bawang putih siap kisar/ tumbuk2 sudu ikan bilis tumbuk
Hirisan sebiji cili merah (langkau)
1 sudu teh garam
Setengah cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak.
Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah hingga separa warna keemasan.
Masukkan air dan garam hingga didihkan.
Masukkan lobak. Selepas 1 minit, masukkan kobis dan diratakan. Kemudian brokoli.





































Tuesday, February 3, 2015

Nasi minyak dan daging masak hitam

Nasi minyak dan daging masak hitam saya berpandukan resipi Puan Azlita Masam Manis. Resipi yang sangat baik untuk dipraktikkan. Terima kasih, Kak Azlita. Walaubagaimanapun ada sedikit perubahan bahan-bahan daripada bahan-bahan resipi asal.

Nasi minyak


1 kg basmathi
Air mengikut paras beras pada bekas yang sama (dan/ atau lebihkan sedikit air jika perlu)
2 sudu gee
4 sudu butter
3 sudu susu tepung dibancuh dengan secawan air
3 helai daun pandan
2 batang serai
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 labu besar bawang merah
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga

Bahan-bahan tertinggal:

Kismis
Pewarna kuning

Cara-cara:

Menggunakan periuk, butter dan gee dipanaskan.
Daun pandan, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga ditumis hingga harum.
Bawang merah, bawang putih dan halia ditumis hingga harum.
Susu dimasukkan.
Kemudian air dan garam.
Diikuti kismis.
Kacau rata.
Beras dimasukkan dan tutup periuk hingga beras separuh masak.
Lubang sebesar pensil dibuat pada nasi untuk dititiskan pewarna kuning.
Tutup periuk hingga nasi masak.
Gemburkan nasi untuk selerakkan warna nasi.

Daging masak hitam

Untuk resipi ni saya ikut sepenuhya resipi Kak Azlita sebab percubaan kali pertama cuma tak guna kiub daging dan maggi cukup rasa. Rasanya tetap ok.... hmmm.... sekali makan misti mau mau mau mau mau lagiiii. Berikut resipi yang saya copy & paste.



Bahan-bahan:

Bahan tumis
3 tangkai daun kari di raut
1 batang serai dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 kuntum cengkih

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merag
15 tangkai cili kering rendam lembut dan kisar
1 inci halia

Bahan Perisa
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

4 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan-bahan tertinggal:

1 kiub daging
Maggi cukup rasa

Cara-cara:





Acar Timun

Salad timun ni juga pertama kali cuba. Tok Siak saya cakap... alaaaaaa senang je. Tu pon tak tau ke. Heheh...

Bahan-bahan:

Sebiji timun saiz sederhana
Sebiji nenas saiz kecil 
2 labu besar bawang merah yang dihiris
3 sudu air
1 biji cili merah dihiris
Gula dan garam cukup rasa.

Bahan-bahan tertinggal:

1 biji lobak merak

Cara-cara:

Sayur-sayur dipotong mengikut citarasa.
Gaul semua bahan-bahan didalam bekas.


Menu puas hati!

Kita-kita Makan: Bubur nasi daging

Dah lama sebenarnya nak makan bubur nasi yang sedap tapi tak pandai nak buat. Kebetulan Tuti bagi rasa bubur nasi ayam dia. Sedap... rasa yang macam ni yang saya cari. Pertama kali buat, saya agak-agak ikut logik je. Sekali macam 10 orang punya makan. Tak apa... rezeki jiran sebelah :)


Bahan-bahan:

500g beras yang telah besih
250g daging hancur
50g ikan bilis yang ditumbuk kasar
1500ml & lebih air
3 inci halia
2 sudu garam
1 sudu teh lada sulah yang dirumbuk halus
Setengah sudu teh lada hitam yang ditumbuk halus
4 helai daun pandan

Bawang goreng , daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

Cara-cara:
Semua bahan-bahan dicampurkan ke dalam periuk dan dimasak dengan api sederhana. Anggaran masa masak ialah 30-45 minit. Kepekatan bubur ikut citarasa.




Wednesday, January 28, 2015

Kita-kita makan: Cencaru sumbat & sayur masak lemak



Cencaru sumbat

Bahan-bahan:
2 ekor ikan cencaru saiz sederhana
6 biji cili merah
4 biji cili padi (pilihan lebih pedas)
2 sudu besar bawang merah kisar
2 ulas bawang putih
1 camca garam

Cara-cara:
Ikan dibersihkan.
Kisar atau tumbuk bahan-bahan di atas kecuali ikan.
Sumbat bahan kisar didalam perut ikan
Kuali dipanaskan dengan 2 sudu besar minyak.
Ikan digoreng panggang sehingga masak.

Tauge + kobis lemak putih

Bahan-bahan:
Segenggam tauge
1 cawan kobis siap hiris
2 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar ikan bilis siap tumbuk
1 cawan santan pekat
Setengah cawan air
1 atau 2 camca garam
Beberapa hiris cili merah
Seketul tauhu siap goreng dan potong 9

Cara-cara:
Sayur-sayuran dibersihkan.
Bawang kisar, ikan bilis, air, cili merah dan santan dimasukkan kedalam periuk dan dimasak hingga mendidih dengan sekali sekala dikacau.
Sayur-sayuran dan tauhu goreng dimasukkan dan siap masak selepas dibiar mendidih 5 minit.

Pencicah kicap

Bahan-bahan:
1 labu bawang merah besar
4 biji cili padi
1 biji tomato siap potong dadu
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cuka atau jus limau kasturi
1 camca gula
1 sudu besar suam air jika perlu.

Cara-cara:
Bawang dan cili dihiris.
Didalam bekas, bawang, tomato, cili, kicap, cuka atau jus limau dan gula digaul rata.
Air ditambah jika terlalu pekat.

Kita-kita je makan

Coretan pengenalan...

Lembaran baru Kita-kita makan.... cuma serba sedikit pengalaman kesemptan saya dalam menyediakan menu ringkas kami sekeluarga. Bagi saya, hidangan kita-kita makan disebabkan profile saya yang sedikit pengalaman  memasak, seorang yang bekerja makan gaji 5.5 hari dalam seminggu, punya ruang dapur dan peralatan memasak yang cukup-cukup syarat, tempoh masak diperuntukkan pada hari bekerja kurang dari sejam, 2 hingga 3 jenis hidangan untuk 3 atau 4 orang yang tak terlalu cerewet dalam soal makan; serta bahan-bahan yang digunakan juga bergantung kepada stok yang ada. Masakan saya berpandukan dari pengalaman pemerhatian dan blogger. 
Bagi memudahkan cara, saya telah buat penyediaan awal pada hari cuti bermula daripada menu-menu harian, membeli bahan-bahan hingga menyimpan sejuk bahan-bahan kisar seperti bawang merah dan cili, sayur-sayuran jenis tahan lama, santan dan bahan-bahan utama seperti ikan, daging dan ayam. 
Semoga diari ini bermanfaat, sebagai rujukan dikala lupa dan kenangan manis saya sendiri di hari tua nanti. Insyallah...


Monday, November 10, 2014

Blog Diari Kehidupan Saya: Tugasan Masak: Sambal Ketuk

Blog Diari Kehidupan Saya: Tugasan Masak: Sambal Ketuk: Ketuk berkebun, guna tukul. Ketuk masak, guna lesung. Dah bosan lauk pauk bagai. Ni menu ringkas tengahari Ahad selain telur dadar. Sedap di...

Sunday, November 2, 2014

Blog Diari Kehidupan Saya: Tugasan: Bingka Ubi

Blog Diari Kehidupan Saya: Tugasan: Bingka Ubi: Bukan senang dapat ubi kayu segar dari ladang. Kali ni bingka ubi kayu menggunakan resipi Puan Azie (Azie Kitchen). Walaubagaimanapun saya ...